Wednesday, November 4, 2009

Pengenalan

UQPro Team merupakan singkatan kepada Umm al-Qura Profesional Team. Nama Umm al-Qura adalah merujuk kepada salah satu daripada nama-nama Makkah. Makkah mempunyai beberapa nama yang disebutkan di dalam al-Quran.



وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُّصَدِّقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا

Maksudnya : Dan ini (al-Quran) adalah Kitab yang telah Kami turunkan yang diberkati; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Umm Qura (Makkah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya.

(Surah al-An'am : ayat 92)


Umm al-Qura terdiri daripada dua perkataan bahasa arab iaitu Umm dan al-Qura. Umm membawa maksud ibu. Manakala al-Qura membawa maksud kampung-kampung. Gabungan dua perkataan ini memberi maksud ibu segala kampung. Selain itu, nama Umm al-Qura di dalam team ini juga adalah untuk meraikan sebahagian besar ahli team ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti Umm al-Qura yang terletak di Makkah al-Mukarramah berhampiran dengan Mina.

Hasil gabungan ahli team ini antara sebahagian pelajar Universiti Umm al-Qura dengan golongan profesional, jadi team ini diberi nama Umm al-Qura Profesional Team. Team ini terdiri daripada seorang penaung, 2 orang penasihat, dan 6 orang ahli. Kesemua ahli team ini masih lagi menjadi penuntut di Universiti Umm al-Qura.