Sunday, November 1, 2009

Badal Haji dan Umrah

Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu nabi s.a.w dan berkata, "Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan haji tersebut untuknya?". Nabi s.a.w menjawab, "Kerjakanlah haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu haji) kerana ia lebih patut dilunaskan". (Hadith riwayat al-Bukhari)

Badal haji atau upah haji membawa maksud mengupah seorang yang telah pun menunaikan haji bagi dirinya sendiri, untuk mengerjakan haji bagi orang lain pula. Orang lain itu samada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkannya tidak mampu untuk ke tanah suci Makkah.


Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk mengerjakan badal haji dan badal umrah. Untuk pengetahuan anda, badal haji ini akan dilaksanakan samada dari kami sendiri atau kawan-kawan kami yang belajar di universiti Umm al-Qura. Berikut adalah kadar bayaran yang kami kenakan untuk badal haji dan badal umrah.

  • Badal Haji : RM3500 (RM3100 haji + RM400 umrah)
  • Badal Umrah : RM400

Setiap badal haji akan kami sertakan satu sijil dan penghantaran air zam-zam sebagai penghargaan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di alamat email uqproteam@alwahy.com atau uqproteam@yahoo.com. Klik di sini untuk mengetahui cara pembayaran.