Friday, February 5, 2010

Iklan



Program Motivasi Dan Ibadah " Am I A Truly Muslim? "

Program motivasi dan ibadah ini adalah yang julung kalinya diadakan di Bumi Makkah Al-Mukarramah dibawah kelolaan dan anjuran UQ Pro Team. Program ini akan dikendalikan oleh Ustaz Khairul Arifin bin Mat Jais seorang moderator yang berpengalaman dalam mengendalikan program-program seperti ini semasa di Malaysia. Beliau akan turut sama dibantu oleh para sahabat pelajar Makkah yang tidak kurang pengalamannya didalam mengendalikan program seperti ini. Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka menyertai program motivasi dan ibadah ini bolehlah terus menghubungi kami melalui email dan nombor telefon yang tertera diatas. wassalam

Sunday, January 10, 2010

Ziarah Mahabbah

Di kaki Jabal Thur

Khusyuk mendengar cerita hijrah
Mutawwif (ust.Khairul Arifin)
Ust Aswadi
ladang unta
susu unta
Berlatarbelakangkan Jabal Nur (Gua Hira')
Mutawwif (Ust Falah)

Masji Hudaibiyyah
Mutawwif (Ust Ayub)
Tapak lama masjid Hudaibiyyah dan tempat perjanjian Baiah Ar-ridhwan
Hj.Ghazali
Haji Zuraili
Makan tengahari di restoran Sofa,Shisyah

Di ladang unta Hidaibiyyah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan yang menjadikan kita dan menjadikan tuhan yang menjadikan seluruh alam semesta. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan para pengikutnya sehinggalah ke hari qiamat.

Selepas selesainya Program Kursus Haji dan menunaikan ibadah haji, baru-baru ini telah berjalan satu lagi program kerjasama antara pihak UQProteam dan komuniti Malaysia di Yanbu iaitu pada hari Khamis 7 Januari 2010. Program ini dinamakan Program Ziarah Mahabbah. Program ini adalah bertujuan untuk menerangkan dan menceritakan kepada para jemaah mengenai Sejarah Perjalanan Hidup Rasulullah bermula dengan kelahiran baginda sehinggalah kewafatan baginda SAW disamping menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah dan agama islam itu sendiri.

Program Ziarah Mahabbah ini disertai oleh seramai lebih kurang 70 orang peserta termasuk dewasa dan kanak-kanak. Program ini juga dikenakan sedikit yuran untuk menampung kos perjalanan ziarah dan kenderaan iaitu sebanyak Sr80 bagi dewasa dan Sr40 bagi kanak-kanak. Antara tempat-tempat bersejarah yang dilawati adalah Jabal Thur, Jabal nur, manasik haji- arafah, mudzalifah dan mina- Masjid Hudaibiyyah dan juga ladang unta.

Program ini bermula kira-kira jam 8:00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2:30 petang. Sambutan dari para peserta adalah amat mengalakkan dan semangat yang ditunjukkan mereka menambahkan lagi kekuatan kepada kami pihak UQProTeam untuk memberikan yang terbaik kepada peserta.

Ziarah Mahabbah berakhir dengan jamuan makan tengahari di Mat'am safa dan dibelanja oleh peserta program. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua. dan sekiranya ada kesilapan dan tersalah bahasa kami memohon jutaan kemaafan dari pihak anda semua. Dan segala komen dan cadangan boleh lah dihantar kepada email UQProteam. Semoga kita boleh bekerjasama pada masa-masa yang akan datang. Segala kerjasama yang diberikan oleh komuniti Malaysia Yanbu amatlah kami hargai. wassalam.

Wednesday, November 4, 2009

Pengenalan

UQPro Team merupakan singkatan kepada Umm al-Qura Profesional Team. Nama Umm al-Qura adalah merujuk kepada salah satu daripada nama-nama Makkah. Makkah mempunyai beberapa nama yang disebutkan di dalam al-Quran.



وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُّصَدِّقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا

Maksudnya : Dan ini (al-Quran) adalah Kitab yang telah Kami turunkan yang diberkati; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Umm Qura (Makkah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya.

(Surah al-An'am : ayat 92)


Umm al-Qura terdiri daripada dua perkataan bahasa arab iaitu Umm dan al-Qura. Umm membawa maksud ibu. Manakala al-Qura membawa maksud kampung-kampung. Gabungan dua perkataan ini memberi maksud ibu segala kampung. Selain itu, nama Umm al-Qura di dalam team ini juga adalah untuk meraikan sebahagian besar ahli team ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti Umm al-Qura yang terletak di Makkah al-Mukarramah berhampiran dengan Mina.

Hasil gabungan ahli team ini antara sebahagian pelajar Universiti Umm al-Qura dengan golongan profesional, jadi team ini diberi nama Umm al-Qura Profesional Team. Team ini terdiri daripada seorang penaung, 2 orang penasihat, dan 6 orang ahli. Kesemua ahli team ini masih lagi menjadi penuntut di Universiti Umm al-Qura.



Sunday, November 1, 2009

Program Kursus Haji



وَأَتِمُّوْا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِله
" Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah.. "
Surah al-Baqarah : ayat 196


Haji merupakan rukun islam yang kelima. Haji membawa maksud mengunjungi Kaabah (Baitullah) dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sa'ie, wuquf dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya. Setiap umat islam diwajibkan menunaikan haji sekali seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan.

Team kami ada menyediakan program kursus haji untuk penduduk Malaysia yang memerlukan di Arab Saudi. Antara yang kami sediakan dalam program kursus haji ini ialah :

  • Pembentangan kertas kerja haji
  • Tazkirah menuju haji mabrur
  • Sesi soal jawab dan diskusi

Kami juga mengenakan sedikit yuran kepada peserta bergantung kepada masa dan tempat permintaan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program kursus haji, sila hubungi kami di talian +966531183317 atau emailkan pada kami di alamat uqproteam@alwahy.com atau uqproteam@yahoo.com.